It's a September 2014. My service with not so new company will be end this month. Yatttaaa!! Ok now hidung saya sudah terbau-bau sos yang dimakan bersama kimbap. Owh yummy..... Oh wait! Stop hallucinating cik puan berangan. Just get up and work your asses to eat. And yeah this coming weekend I planned to make kimbap!
Sedikit info tentang kimbap. Pronounced as kheem-bahp. Makanan korea yang berasaskan nasi yang digulung bersama sayur-sayuran dan sedikit protein. Rujuk resepi dan cara-cara penyediaannya:
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan beras
- timun jepun/timun biasa pun boleh.(dipotong memanjang)
- lobak merah (dipotong memanjang)
- 2 biji telur
- isi ketam (saya tukar kepada sosej kerana tak suka rasa ketam)
- rumpai laut (kepingan seaweed biasa)
- mayonis
- cuka
- sedikit gula
- sedikit garam
1. Masa nasi macam biasa. Biarkan sejuk seketika.
2. Masukkan sedikit cuka yang dicampur gula dan garam ke dalam nasi untuk rasa masam dan manis. Gaulkan nasi dengan bahan-bahan tadi sampai rata.
3. 2 biji telur tu digoreng nipis dalam pan. Dan dipotong memanjang seperti timun.
4. Sosej dipotong memanjang dan digoreng/direbus. Kemudian toskan untuk biar minyak gorengan tu turun atau kering.
5. Sekarang sampai part menggulung. Ambil kepingan seaweed dan spread nasi atas dia. Tak perlu tebal sangat kerana nanti cepat muak bila makan.
6. Sapukan sedikit mayonis ke atas lapisan nasi.
7. Susun telur, timun dan lobak merah.
8. Kemudian gulungkan. Letak sedikit nasi di hujung seaweed sebagai pelekat untuk mengelakkan gulungan terbuka. Kemaskan gulungan sebelum dipotong.
9. Potong kimbap dalam saiz setengah inci. Boleh dimakan terus atau dicicah wasabi atau kicap sos bilis.
Wah excited nya nak tunggu hujung minggu ni nak makan kimbap. But waittttttt........dah kenapa mengidam nak makan kimbap ni?? errrmm
No comments:
Post a Comment